Selamat Datang 'BLoggers'!

Review Blog Dari TipBlogger?

Blog Review akan memberikan review percuma, tulus dan ikhlas kepada mana- mana blog Bahasa Melayu terutama yang memberikan komen, atau meletakkan link tipblogger di blog mereka. Terpulang kepada anda untuk menerima pandangan tipblogger atau tidak!

Monday, July 31, 2006

Review Terkini :

Blog Terpilih : Mdpai.com

Mdpai.com adalah blog dari seorang pelajar yang sedang belajar di France ketika ini di bawah tajaan mara. Mdpai adalah nama nick name beliau di e-biz.

Jika diperhatikan dari segi design blog beliau, memanglah lawa. thumb up beb! Ala, kan dia merupakan seorang pereka laman web, tak kira static atau php, pastinya dia boleh. hehe..

Blog yang dicipta mempunyai niche yang tersendiri iaitu memberi pengajaran tentang kelas php disamping blogging. Contoh yang baik kerana blog ini mempunyai fokus dan golongan sasarannya. Be niche!

Blog ini juga tidak melupakan fungsi blog itu sendiri iaitu sebagai catatan kehidupan seharian. Anda dapat membaca sukar duka kehidupan perantauan. p/s: saya juga minat membaca blog dari luar negara (golongan perantauan) kerana walaupun saya tak pergi ke sana, atleast saya tahu ape yang ada disana.

Dari segi trafik, beliau sekarang sedang mengumpulkan link kerana blog ini masih baru. Jika anda berminat, lawati mdpai.com dan bertukarlah link anda!

Doa dari tipblogger, semoga blog ini dapat berkembang dengan lebih baik (doakan kami juga.. ). Kami optimis terhadap blog anda. Yakin boleh!

Sunday, July 30, 2006

Review Terkini :

Blog Terpilih: VideoRaimi.Blogspot

Seperkara yang menawan dan menarik perhatian saya. Idea dan video yang dicipta adalah hebat!

Satu contoh kepada anda yang mahu mencipta blog dari minat atau hobi. Beri kelainan kepada pelawat. Blog ini bukan hanya bergantung kepada teks semata-mata (mengeluh atau menceritakan video melalui tulisan seperti yang lain) malah menunjukkan hasil video ciptaannya atau video contoh. Syabas kepada Raimi!.

Anda rasakan blog anda layak terpilih memasuki ruangan ini? Berikan komen kepada topik, tulisan terkini dan anda akan berpeluang untuk terpilih!

Blog Collections

Learning:

Blog Minggu Ini - Jun 2006

Template Blogger

Malaysian Blog

Pertandingan/Program Blog

Peralatan Blogger